
Rembau, 12 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan sampel bagi tujuan ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu perlu supaya semua pihak yang terlibat terutama bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan mendapat keadilan sepenuhnya.
Beliau berkata, Anwar tidak harus takut untuk memberikan profil DNA secara sukarela sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak m
elakukan perbuatan tersebut.
“Tindakan Pemuda mendesak Anwar memberikan profil DNA adalah semata-mata atas nama keadilan dan kebenaran. Semua pihak termasuk rakyat mahu mengetahui kedudukan sebenar kes ini.
“Oleh itu Anwar harus berani mengemukakan profil DNA secara sukarela. Tambahan pula langkah beliau berbuat demikian akan dapat membantu mahkamah dalam perbicaraan tersebut,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, pihak pendakwaan dalam kes liwat membabitkan Anwar telah memohon agar Mahkamah Tinggi di sini menggunakan kuasanya untuk memerintahkan Ketua Pembangkang itu memberikan sampel bagi tujuan ujian profil DNA.
Ini merupakan permohonan yang julung-julung kali dikemukakan dalam sejarah perundangan negara.
copy from : http://www.politikharian.com
No comments:
Post a Comment